Monday, April 21, 2008

Hari Selasa Adalah Hari Bertemu Rakyat Perak

Hadiah dari Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat negeri Perak

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengisytiharkan hari ini (Selasa) adalah Hari bertemu Pelanggan antara kerajaan negeri dengan rakyat. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sidang media selepas Mesyuarat Exco ke-2 baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa mulai pada hari ini, pada setiap hari Selasa adalah Hari Bertemu Pelanggan maka dialu-alukan rakyat negeri ini terdiri berbagai kaum itu datang berjumpa dengan wakil kerajaan untuk mengadu dan mengemukakan masalah, jika ada. "Pada hari ini, saya dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Perak (Exco) bersedia menerima kedatangan rakyat dan melayan seberang masalah yang dikemukakan," tegasnya.

Katanya, pihak kerajaan negeri bersedia dan memang hendak mendengar jika ada masalah dari rakyat yang datang itu. "Kami akan dengar. Kami akan menelitinya dengan teliti. Kemudian akan diberitahu bagaimana dan cara mana untuk mengatasinya. "Rakyat harus faham, jika masalahnya mudah kami akan atasinya secepat mungkin. Tetapi sekiranya agak rumit maka kerajaan akan berunding dahulu dan akan memberi jawapan potitif untuk mengatasinya,"jelasnya.

Tegasnya, dengan cara ini wakil-wakil kerajaan dan rakyat dari pelusuk negeri diberi peluang menjalinkan ikatan mesra supaya jarak di antara kedua pihak tidak terlalu jauh dan asing kepada setengah rakyat seperti kerajaan yang dahulu.

"Hari ini mereka boleh datang dan mengemukakan sebarang masalah ke Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (S.U.K) berhampiran Bangunan Kompleks Islam dekat sini, "ulasnya lagi.

Sumber: Harakah

kerismalaya: sekian lama kami tunggu.. bukan yang besar dan bukan yang tertinggi kami harapkan... tetapi sedikit ruangmu untukku isi rintihan kalbu.... ini lah yang kami mahu... terima kasih

No comments: