Monday, April 21, 2008

Hari Selasa Adalah Hari Bertemu Rakyat Perak

Hadiah dari Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat negeri Perak

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengisytiharkan hari ini (Selasa) adalah Hari bertemu Pelanggan antara kerajaan negeri dengan rakyat. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sidang media selepas Mesyuarat Exco ke-2 baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa mulai pada hari ini, pada setiap hari Selasa adalah Hari Bertemu Pelanggan maka dialu-alukan rakyat negeri ini terdiri berbagai kaum itu datang berjumpa dengan wakil kerajaan untuk mengadu dan mengemukakan masalah, jika ada. "Pada hari ini, saya dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Perak (Exco) bersedia menerima kedatangan rakyat dan melayan seberang masalah yang dikemukakan," tegasnya.

Katanya, pihak kerajaan negeri bersedia dan memang hendak mendengar jika ada masalah dari rakyat yang datang itu. "Kami akan dengar. Kami akan menelitinya dengan teliti. Kemudian akan diberitahu bagaimana dan cara mana untuk mengatasinya. "Rakyat harus faham, jika masalahnya mudah kami akan atasinya secepat mungkin. Tetapi sekiranya agak rumit maka kerajaan akan berunding dahulu dan akan memberi jawapan potitif untuk mengatasinya,"jelasnya.

Tegasnya, dengan cara ini wakil-wakil kerajaan dan rakyat dari pelusuk negeri diberi peluang menjalinkan ikatan mesra supaya jarak di antara kedua pihak tidak terlalu jauh dan asing kepada setengah rakyat seperti kerajaan yang dahulu.

"Hari ini mereka boleh datang dan mengemukakan sebarang masalah ke Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (S.U.K) berhampiran Bangunan Kompleks Islam dekat sini, "ulasnya lagi.

Sumber: Harakah

kerismalaya: sekian lama kami tunggu.. bukan yang besar dan bukan yang tertinggi kami harapkan... tetapi sedikit ruangmu untukku isi rintihan kalbu.... ini lah yang kami mahu... terima kasih

Fakta Menarik TESCO Di Kelantan

Tahukah anda?

1) TESCO di Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu solat Jumaat.
2) TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak dan tidak menjual produk tidak halal.
3) TESCO yang pertama di dunia mengunakan tulisan jawi sebagai sebahagian dari jenamanya.
4) Mencatat sejarah, menjadi TESCO pertama bercirikan MESRA-ISLAM.


Pencapaian TESCO Di Kelantan

1) Setiap minggu TESCO Kota Bharu mendapat hasil lebih RM1juta sehari.
2) 85% pembelian di TESCO Kota Bharu di buat secara tunai dan ini adalah peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia.

Sunday, April 20, 2008

Biodata MB Perak

Nama penuh: Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Umur: 51 tahun
Tarikh Lahir: 17/03/1957
Isteri: Fatimah binti Taat
Anak: (8 orang) 5 lelaki, 3 perempuan

Pendidikan:

- Sek. Rendah Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Teknik Ipoh, Perak
- 1976 : A-Level, Norwich City College Of Science Technology, Norfolk, UK
- BSc. Mechanical Engineering, Aston University, Birmingham, UK*

Kerjaya:
- Pengurus Projek KPPD (UDA)
- Pengurus Kanan Daya Urus Sdn Bhd (UDA)
- Pengarah Urusan, Urus Harta S/R (PDC Penang)
- Jurutera Perunding Mekanikal (Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator)
- 17/03/2008 : Menteri Besar Perak

Politik:
- 1995: Menyertai PAS - Sehingga 2008 : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak
- Terdahulu : Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, YDP PAS Kampar
- 2004 : Tewas di P67 kerusi Kuala Kangsar, PRU ke-11 (vs Datuk Seri Rafidah Aziz - BN)
- 08/03/2008 : Adun di N51 kerusi Pasir Panjang, PRU ke-12 (vs Datuk Dr S Vasan - BN)

Kegiatan Masyarakat:
- Pengerusi Gabungan Membantah Kenaikan Air Perak
- Timbalan Setiausaha PPK.





Friday, April 11, 2008

17 tahun bukan waktu yang pendek

17 tahun bukan waktu yang pendek. 17 tahun juga bukan waktu yang panjang. Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta. Bukti kewibawaan Islam agama memerintah. Mentadbir dan membangun negara..

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan. Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang. Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun. Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini. Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni. Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia. Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita. Di Kelantan kadar jenayah paling rendah. Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas jugaDi Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik 3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah
Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf. Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan. Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta. Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurgaBagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru. Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat. 18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid. Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa. Dia seorang yang warak dan zuhud. Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan. Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil. Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil. Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah. Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya. Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia. Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah


100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja. Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri. Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun. Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar. Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah. Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburanNamun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat. Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain. Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di MalaysiaDan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murahdan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuanBelajarlah daripada Tok Guru. Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka. Bebaskan minda, bebaskan minda!

Note: Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu. Malu datuk nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja didik kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah, tiba-tiba kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik hendak tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.. (Tuan Guru Nik Aziz)